Stacy pilih nama Isa untuk anak ketiga

Stacy pilih nama Isa untuk anak ketiga

PASANGAN selebriti Stacy dan Akim Ahmad memaklumkan nama Isa dipilih buat cahaya mata ketiga mereka yang lahir pada 6 Ogos lalu.

Menerusi hantaran di Instagram, Stacy atau nama penuhnya Ummu Syaikhah Stacy Anam meluahkan rasa syukur atas kelahiran Isa dan berterima kasih buat peminat yang mendoakannya.

“Assalamualaikum Isa. Alhamdulillah syukur terima kasih ya Allah, terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan Isa dan saya serta yang memberikan ucapan,” tulisnya.

Pelantun lagu Pakai Buang itu berkata suami dan anak-anaknya begitu teruju menyambut kedatangan ahli baharu dalam keluarga mereka.

Katanya, lebih untung apabila kedua-dua anaknya sudah boleh berdikari dan mampu membantu menjaga adik ketiga mereka,

“Tapi untung sudah besar anak-anak saya, ramailah dapat tolong Mami terutamanya dia orang punya ayah, thank you Daddy (Akim Ahmad).

“Mahu minta tolong ambil lampin pun berlumba semua haha,” ujarnya.

Stacy dan Akim berkahwin pada Februari 2016 dan dikurniakan dikurniakan cahaya mata perempuan diberi nama Eshaal yang kini berusia lima tahun.

Pasangan itu turut mempunyai seorang anak angkat yang mesra dengan panggilan Beyya yang kini sudah memasuki usia sembilan tahun. – Malaysiapost

Komen