Terliur bau masakan jiran, netizen bangsa India jemput datang rumah makan kari 

Terliur bau masakan jiran, netizen bangsa India jemput datang rumah makan kari 

PERPADUAN antara kaum di Malaysia sering mendapat perhatian masyarakat luar yang memuji keakraban ‘Keluarga Malaysia’ yang terjalin tanpa mengira warna kulit, status atau agama. 

Satu hantaran di Facebook memaparkan seorang pengguna TikTok yang terliur dengan aroma masakan menu kari yang dimasak oleh jirannya berbangsa India, menyerlahkan lagi keakraban rakyat Malaysia. 

Menurut pengguna TikTok itu, dia bagaimanapun malu untuk meminta sedikit menu itu atau resepi dari jirannya. 

Hantaran itu mendapat perhatian kebanyakan pengguna TikTok berbangsa India, yang berkongsi pengalaman serupa di mana kerap memberi lauk kari kepada jiran mereka. 

Selain itu, ada netizen yang berkata jangan malu-malu jika mahu merasa juadah masakan mereka kerana rakyat Malaysia bagaikan satu keluarga. 

“Jangan malu kak, kita kan jiran. Dulu kawan saya Melayu selalu makan masakan saya dan dia datang rumah makan,” kata Neraigini. 

“Ala..kesiannya. Mari saya masakkan kari ayam untuk awak. Mari rumah saya,” ujar seorang pengguna TikTok berbangsa India. 

“Janganlah segan sis. Ibu saya masak selalu kongsi bag ikat jiran Melayu dan Cina. Pasal itu ada apa-apa saya tak takut tinggal ibu dan baby kat rumah sebab jiran-jiran baik,” kata Rema Parvini. 

Dalam masa sama, rata-rata netizen memuji sikap pemurah dan baik hati masyarakat Malaysia. 

“Bangga aku bila baca komen-komen positif dalam ini. Betullah, rakyat Malaysia memang unik.. sesuai sangat ‘Keluarga Malaysia’,” kata Rahim Idris. – Malaysiapost

Komen