Hospital tarik balik larangan guna khidmat penghantaran makanan

Hospital tarik balik larangan guna khidmat penghantaran makanan

PIHAK Pengurusan Hospital Sungai Buloh (HSgB) menarik semula larangan menggunakan khidmat penghantaran makanan secara dalam talian yang dikeluarkan dalam satu memo dalaman pada Selasa lalu.

Memo larangan membabitkan kakitangan dan pesakit hospital itu tular di media sosial sejak semalam dan menerima pelbagai kecaman orang ramai.

Pengarah HSgB Dr Kuldip Prem Singh, berkata penarikan semua larangan itu berkuatkuasa serta merta dan pihaknya mengucapkan terima kasih atas maklumbalas serta pandangan yang dikemukakan.

“Adalah dimaklumkan bahawa pihak pengurusan HSgB dengan ini menarik balik semua larangan yang ditetapkan dalam memo bertarikh 9 Ogos 2022 berkenaan berkuatkuasa serta merta.

“Pihak pengurusan HSgB akan kekal komited dan prihatin dengan keperluan, kebajikan dan kesejahteraan kakitangan serta pesakit di hospital ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Malaysiapost

Komen