Kertas siasatan projek LCS sudah dikemuka pada Jabatan Peguam Negara – SPRM

Kertas siasatan projek LCS sudah dikemuka pada Jabatan Peguam Negara – SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengemukakan kertas siasatan dakwaan penyelewengan dalam pengendalian projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS), kepada Jabatan Peguam Negara.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan membabitkan beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan dakwaan berkenaan.

“Kertas siasatan sudah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dengan saranan SPRM untuk mempertimbangkan pertuduhan terhadap beberapa individu,” katanya.

Sehubungan itu, SPRM menunggu arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara berhubung kertas siasatan berkenaan.

Semalam, kerajaan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyegerakan siasatan berkenaan isu projek pembinaan enam kapal LCS.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sekiranya terdapat bukti kukuh, Peguam Negara hendaklah membuat pendakwaan dan mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.

Minggu lalu, laporan Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan wujud kontroversi dalam projek pembinaan enam kapal LCS yang mengakibatkan tiada satu pun kapal tersebut berjaya disiapkan setakat ini. – Malaysiapost

Komen