KKM diminta siasat doktor promosi vape pilihan henti merokok

KKM diminta siasat doktor promosi vape pilihan henti merokok

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) diminta menyiasat seorang doktor perubatan yang didakwa mempromosikan rokok elektronik atau vape dalam sebuah video di media sosial.

Public Health Malaysia menerusi hantaran di Facebook turut menggesa Majlis Perubatan Malaysia mengambil perhatian berhubung isu tersebut.

“Mohon untuk pihak KKM dan Majlis Perubatan Malaysia  mengambil tindakan dengan menyiasat aduan ini,” tulisnya.

Tangkap layar hantaran Public Health Malaysia

Turut dikongsi hantaran Mohamad Hanaki Nik Mohamed yang mempersoalkan tindakan seorang doktor yang menghisap vape sebagai promosi berhenti merokok.

“Doktor perubatan isap vape promosi berhenti rokok? Benda tak lulus KKM boleh buat main-main.. bila tegur jawapan standard penjual produk sampah,” katanya.

Terdahulu, seorang doktor perubatan estetik yang dikenali sebagai Dr Aizul Hafizi  menghisap vape dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Video tersebut dibuat bagi mempromosikan sebuah jenama rokok eletronik yang dikatakan sebagai pilihan bagi individu yang mahu berhenti merokok. – Malaysiapost

Komen