Nama Hishamuddin turut dikaitkan terima dana UKSB

Nama Hishamuddin turut dikaitkan terima dana UKSB

Nahar Tajri

BORANG aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mengesahkan seorang lagi bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein adalah individu yang disyaki menerima rasuah daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) berhubung perlaksanaan sistem Visa Luar Negara (VLN) yang dibicarakan di mahkamah ketika ini.

Borang berkenaan yang ditandakan sebagai P89 di Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan nombor rujukan BB O19031 bertarikh 27 September 2018 itu mendakwa Hishammuddin sebagai salah seorang yang disyaki menerima rasuah daripada UKSB atas kepentingan tertentu.

Berdasarkan borang berkenaan, pengadu dicatatkan sebagai S Vijayakumar,33 dan bertugas sebagai pegawai siasatan.

Dalam masa sama, Saksi ke 18 Pendakwaan, iaitu Penguasa Kanan Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, V Mahendran mengesahkan sehingga kini keterangan Hishammuddin masih belum dirakam untuk membantu siasatan.

Kes yang berlangsung ketika ini, hanya bertumpu kepada seorang tertuduh iaitu Ahmad Zahid sekaligus menunjukkan dakwaan kem Presiden Umno itu bahawa ia adalah pendakwaan terpilih dan semakin menunjukkan bukti yang kukuh.

Mahendran memberitahu mahkmah tindakannya itu hanya semata-mata berdasarkan arahan dari pihak atasannya yang mahu beliau fokus terhadap kes kontrak VLN KDN.

Bagaimanapun beliau tidak menyangkal kemungkinan keterlibatan Hishammuddin berdasarkan aduan berkenaan berhubungan siasatan kontrak berkenaan.

Mahendran selain itu memberi jawapan yang mengelirukan kerana bersetuju bahawa lanjutan kontrak VLN selama tiga tahun ketika Ahmad Zahid menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri adalah satu kontrak baru dan berbeza daripada sebelumnya ketika disoal, Peguambela, Datuk Ahmad Zaidi Zainal.

Ahmad Zaidi mencadangkan bahawa kontrak bagi tempoh di bawah tujuh tahun tidak memerlukan ia untuk dirujuk ke Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan ia dipersetujui Mahendran.

Bagaimanapun ketika disoal pihak pendakwaan V Mahendran memberi alasan bahawa kontrak berkenaan perlu dirujuk kepada UKAS atas alasan kontrak baru tiga tahun itu adalah bersamaan dengan sembilan tahun jika dicampurkan dengan kontrak lama.- Malaysiapost

Komen