Undian BN pada PRU15 akan merosot jika isu LCS tak ditangani dengan baik

Undian BN pada PRU15 akan merosot jika isu LCS tak ditangani dengan baik

Azmi Hassan

ISU kapal tempur pesisir (LCS) yang berjaya mengemparkan Malaysia merupakan satu liabiti baru buat Barisan Nasional, dan ia bukan satu liabiliti yang boleh Barisan Nasional (B)N pandang enteng, tetapi harus diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Ini kerana nama nama yang terpalit dalam isu LCS ini bukan orang biasa biasa, tetapi nama nama besar dalam BN seperti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishamuddin Hussien Onn. Walaupun nama besar Pakatan Harapan (P)H seperti Mohamad Sabu dan Liew Chin Tong turut terpalit, tapi seolah bagai tidak mustahak dibabitkan mereka berdua.

Penglibatan nama nama besar ini kalau tidak BN tangani dengan penuh hemah akan memburukkan nama Barisan Nasional, BN akan nampak sebagai parti yang korup. Malah akar umbi juga akan kelihatan seperti tersalah memilih tampuk pemerintahan.

Malah, pembangkang juga akan mengambil peluang untuk mengalihkan pandangan rakyat dan membuatkan rakyat terlupa akan segala bantuan, insiatif dan insentif yang diberikan oleh kerajaan. Mereka hanya akan nampak kegagalan kerajaan di bawah pimpinan BN.

Walaupun pembangkang iaitu PH turut terlibat dalam kemelut LCS, tetapi mereka dengan pantas mencuri peluang seolah PH berada dalam keadaan yang suci dan tidak bersalah apabila pembangunan LCS terbantut semasa era pemerintahan mereka.

Lebih mendukacitakan lagi jika kesilapan keputusan mengubah jajaran Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan pembatalan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) menimpa LCS. Kesan negatif keputusan politik terhadap ECRL dan HSR membabitkan faktor ekonomi. Manakala kesan negatif LCS akan membabitkan faktor keselamatan negara.

Liabiliti jua apabila perbincangan tanpa batas terhadap LCS sedikit sebanyak membantutkan pembangunan LCS dan lebih merbahaya maklumat teknikal LCS jua turut menjadi bahan perbincangan.

Lebih menyedihkan lagi, kalau kita lihat secara umum, rata-rata rakyat yang memberikan respons negatif dan marah akan isu ini adalah mereka dari golongan belia yang berumah 30 tahun kebawah. Disaatkan BN sebenarnya perlu menarik undi daripada golongan ini kerana mereka terdiri daripada 30-40 peratus daripada jumlah pengundi.

Tetapi, andai BN terleka, BN sudah kehilangan hampir 30 peratus pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang. Respon negatif rakyat antaranya berpunca dari lemahnya jawapan balas dari BN ketika menjawan tohmahan pihak pembangkang.

Oleh itu, saranan saya terhadap BN, selesaikan lah isu LCS dengan penuh berhemah ibarat menarik rambut dari tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Sebenarnya ada banyak hikmah dari kemelut LCS ini yang antaranya adalah manifestasi pandangan jauh pemimpin BN ketika itu membuat perolehan LCS melalui syatikat tempatan kerana bukan sahaja berkait faktor pemindahan teknologi tetapi jua faktor kelengkapan teknikal LCS kekal menjadi rahsia.

Ingat, antara punca BN kalah dalam PRU14 adalah gelombang orang muda menentang kerajaan BN pada waktu itu. Takkan BN mahu perkara yang sama berulang?

Penulis ialah Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR).
(Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis, tidak semestinya menggambarkan pendirian Malaysiapost)

Komen