JAKIM alukan lantikan Nooh Gadut

JAKIM alukan lantikan Nooh Gadut

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berbesar hati dan mengalu-alukan pelantikan Datuk Nooh Gadot sebagai Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) yang baharu. 

Ketua Pengarah JAKIM merangkap Setiausaha MKI\ Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata Mesyuarat Majlis Raja Raja Kali Ke-259 pada 30 Jun lalu telah berkenan dengan pelantikan itu berkuatkuasa mulai 30 Jun 2022 sehingga 29 Jun 2024.

Menurutnya, watikah pelantikan itu kemudian disempurnakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi MKI, semalam.

“Berdasarkan pengalaman luas dan kredibiliti beliau sebagai Mufti Johor sebelum ini serta penglibatan secara langsung dalam institusi kefatwaan, khususnya hal berkaitan isu-isu semasa di negara ini, JAKIM menaruh keyakinan beliau akan dapat membantu mempertingkatkan lagi pengurusan dan penyelarasan hal ehwal kefatwaan di negara ini.

“JAKIM juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Datuk Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Perak, atas sumbangan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI sejak Oktober 2017,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Komen