Keluarga angkat cari ibu bapa kandung remaja perempuan 14 tahun

Keluarga angkat cari ibu bapa kandung remaja perempuan 14 tahun

KELUARGA angkat kepada remaja perempuan berusia 14 tahun mencari ibu bapa kandung kepada anak di bawah jagaan mereka yang telah terpisah sejak bayi.

Remaja berkenaan, Tee Hui Nee, 14 dibela oleh keluarga angkat dan menetap di Puchong tanpa sebarang dokumen selain daripada sijil kelahiran.

Bapa angkat kepada remaja berkenaan, Tee Tiew Meng, berkata dia dan isteri menjaga remaja berkenaan sejak usia empat hari.

Katanya, selepas itu remaja berkenaan tidak pernah bertemu kedua ibu bapa kandungnya itu sehingga ke hari ini.

“Oleh itu saya ingin mencari ibu bapa kandung kepada anak angkat kami ini. Anak angkat ini diserahkan kepada saya pada dia berusia empat hari.

“Saya dan isteri tidak tahu di mana ibu bapa kandung kepada anak angkat kami ini berada dan tidak pernah berjumpa dengannya,” katanya. – Malaysiapost

Komen