4,071 kes baharu Covid-19, 7 kematian semalam

4,071 kes baharu Covid-19, 7 kematian semalam

KES baharu Covid-19 melonjak kembali ke angka melebihi 4,000 kes semalam iaitu 4,071 kes berbanding 3,516 kes kelmarin.

Angka itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,710,983 kes, dengan melibatkan kes import sebanyak dua kes.

Sementara itu, tujuh kematian baharu akibat Covid-19 direkod semalam, satu daripadanya kematian berlaku di luar dalam fasiliti KKM atau brought-in-dead (BID).

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,124 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data di laman COVIDNOW, kes aktif setakat semalam mencatatkan sebanyak 42,476.

Seramai 40,826 individu atau 96.1 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 27 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,542 kes pula dirawat di hospital dan 81 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 45 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

Komen