‘Ambo ni kiro ada lesen jugak la nak buat sugho’

‘Ambo ni kiro ada lesen jugak la nak buat sugho’

MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin sempat meluangkan masa mengacau bubur asyura atau dalam loghat Kelantan disebut ‘sugho’.

Beliau mengacau 10 kawah bubur yang biasa disediakan ketika bulan Muharam itu bersama para guru di negeri Cik Siti Wan Kembang hari ini.

“Sugho Kelate ni nak masak lama wei. Kena ada stamina yang tinggi sebab ia memakan masa hampir lapan jam untuk siap.

“Seronok sekali sekala dapat meluangkan masa dalam aktiviti sebegini. Dapat mengimbau kenangan “kucha sugho” ketika zaman kanak-kanak di Ketereh dahulu.

“Ambo ni kiro ada lesen jugak la nak buat sugho,” kongsinya menerusi hantaran di Facebook. – Malaysiapost

Komen