BN sasar tawan 20 Parlimen di Johor

BN sasar tawan 20 Parlimen di Johor

BARISAN Nasional (BN) menyasarkan untuk menawan 20 kerusi Parlimen di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sasaran tersebut bakal menjadikan Johor penyumbang utama BN sekali gus berupaya menubuhkan kerajaan di Putrajaya.

“Kita meletakkan satu sasaran yang tinggi untuk BN Johor dengan menyumbang 20 daripada 26 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

“Saya rasa ringan sedikit kerja selepas BN menang selesa pada PRN yang lalu.

“Namun begitu, PRU dan PRN adalah dua perkara berbeza kerana setiap Parlimen perlu menjaga kawasan masing-masing, kita perlu bersiap sedia, jentera mesti mantap dan pada tahap yang baik,” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras BN Johor, lapor BN News Online.

Terdahulu, Mohamad berkunjung ke Johor bagi melihat tahap persediaan BN Johor berhadapan dengan PRU15 yang berada di bawah pimpinan Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.

“Pada PRU ini, setiap negeri perlu menguruskan jentera pilihan raya secara bersendirian. Itu sebab tahap kesiapsiagaan perlu rapi dan mantap,” katanya. – Malaysiapost

Komen