Najib gugurkan pasukan peguam baharunya

Najib gugurkan pasukan peguam baharunya

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggugurkan pasukan peguam baharunya hari ini.

Perkara itu dimaklumkan peguam Hisyam Teh Poh Teik kepada mahkamah ketika prosiding yang berlangsung pagi ini.

Peguam yang digugurkan itu adalah daripada firma Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners.

Bagaimanapun Hisyam kekal sebagai peguam bekas perdana menteri itu.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat selepas dimaklumkan perkara itu mengarahkan prosiding untuk diteruskan.- Malaysiapost

Komen