Penganjuran konsert undang kemurkaan Allah – Pemuda PAS

Penganjuran konsert undang kemurkaan Allah – Pemuda PAS

UMAT Islam perlu bersatu hati menentang penganjuran konsert yang mengundang kemurkaan Allah.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata penganjuran konsert artis dari dalam dan luar negara semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

“Penganjuran konsert bertalu-talu adalah kerja gila menjemput kemurkaan Allah SWT. Hentikan kerja-kerja begini.

“Jangan dicabar emosi umat Islam. Pihak berwajib mohon dengar suara umat Islam sebelum datang kemurkaan Allah SWT,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, menentang penganjuran konsert yang lebih banyak mencetus gejala negatif bukan melibatkan parti politik tertentu, malah ia tanggungjawab ummah.

“Bukan soal parti politik, bukan soal kecenderungan politik partisan, ini soal agama. Umat Islam perlu bersatu hati menentang,” katanya.

Semalam, Billie Eilish yang sering memperjuang LGBT mengadakan konsert dengan tema “Happier Than Ever The World Tour 2022” di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – Malaysiapost

Komen