PRU15: Pemimpin, ahli MCA perlu kerja keras pastikan BN menang – Ka Siong

PRU15: Pemimpin, ahli MCA perlu kerja keras pastikan BN menang – Ka Siong

PRESIDEN MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengingatkan pemimpin dan ahli parti itu supaya tidak berasa terlalu selesa sebaliknya terus bekerja keras demi kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Justeru, beliau berkata, gerak kerja akan terus dipertingkatkan dan usaha dilipat gandakan bagi meraih sokongan rakyat agar terus memberi mandat serta kepercayaan kepada BN.

“Saya mengingatkan pemimpin dan ahli MCA kesemua peringkat supaya tidak terlalu selesa, sebaliknya terus bekerja keras demi kemenangan BN pada PRU15 akan datang,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Jentera PRU15 MCA Johor, hari ini. Turut hadir, Timbalan Pengerusi MCA Negeri Johor, Datuk Lim Pay Hen dan Setiausaha MCA Johor, Datuk Ng Keng Heng.

Dalam pada itu, Ka Siong berkata, MCA Johor telah bersiap sedia untuk menghadapi PRU15 dan bertekad untuk memastikan kemenangan BN.

“Kita berharap rakyat akan terus memberi mandat serta kepercayaan kepada BN, sepertimana sokongan padu yang diberikan pada PRN Johor lalu,” katanya. – Malaysiapost

Komen