Soal jawab UIA di akhbar Cina, Firdaus Wong ingatkan jangan hipokrasi

Soal jawab UIA di akhbar Cina, Firdaus Wong ingatkan jangan hipokrasi

PENDAKWAH, Firdaus Wong Wai Hung menyifatkan golongan bukan Muslim yang mempertikai hukum Islam berkaitan soal jawab Ustaz Azhar Idrus baru-baru ini, sebagai hipokrasi.

Beliau berkata, golongan itu sebelum ini pernah menyatakan jangan menghina dan mencampuri hal agama lain namun kini dilihat mereka melakukan sebaliknya khususnya berkaitan agama Islam.

Menurutnya, kira-kira dua minggu ini, sebuah portal berita berbahasa Cina telah melaporkan dua berita tentang soal jawab dari Ustaz Azhar Idrus.

Berikutan itu, katanya, ramai golongan bukan Muslim mempertikaikan hukum Islam yang dilontarkan oleh Ustaz Azhar.

“Tiba-tiba mereka berminat pula dengan sesi soal jawab Islam. Ada udang di sebalik mi? Pada 10 Ogos 2022, tajuknya;
“Pendakwah Islam: Minum susu isteri tidak haram” dan 16 Ogos 2022 pula, tajuknya;
“Zakar pendek, halal dipanjangkan! Daie Islam: Haram kalau nak kekal lama”.

“UAI (Ustaz Azhar Idrus) menjawab soalan yang dikemukakan dari segi hukum Islam. Namun di ruangan komen, terdapat ramai golongan belum Muslim yang mempertikaikan hukum Islam.

“Golongan belum Muslim selalu sebut jangan hina agama orang dan jangan masuk campur hal agama orang. Namun di dalam hal Islam pula mereka masuk campur. Jikalau ini bukan hipokrasi, perkataan apa lagi yang sesuai?,” katanya menerusi Facebook.

Sehubungan itu, Firdaus berkata, pihaknya akan memantau ruangan komen dari portal tersebut kerana mereka bukan sahaja mempertikaikan malah menghina hukum Islam.

“Kami sedang memantau ruangan komen dan “screenshot” komen yang menghina/mempertikaikan hukum agama Islam. In Sha Allah akan didedahkan komen mereka nanti,” katanya. – Malaysiapost

Komen