Karnival UDA USHAniaga sasar lahir lebih ramai usahawan muda, suri rumah

Karnival UDA USHAniaga sasar lahir lebih ramai usahawan muda, suri rumah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini merasmikan Karnival UDA USHAniaga.

Karnival anjuran UDA Holdings Berhad (UDA) itu berlangsung dari Ogos hingga Oktober depan di beberapa tempat termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Pahang, Perak dan Johor Bahru itu menyasarkan penyertaan 100 usahawan di setiap lokasi.

Karnival itu bertujuan melahirkan lebih ramai lagi Keluarga Usahawan di Malaysia terutama pembabitan daripada golongan wanita khususnya suri rumah serta generasi muda.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya pameran dan gerai jualan dari setiap segmen perniagaan UDA merangkumi hartanah, hotel, premis perniagaan dan pengurusan fasiliti.

Orang ramai dijemput megunjungi UDA USHAniaga Keluarga Malaysia dan temui usahawan dari pelbagai kategori perniagaan seperti makanan dan minuman, perhiasan diri, fesyen serta tekstil, termasuk jenama terkemuka oleh usahawan selebriti. – Malaysiapost

Komen