Abang Viva cari kenderaan untuk jadikan van pesakit

Abang Viva cari kenderaan untuk jadikan van pesakit

ABANG Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar, 29, yang terkenal selepas namanya tular membantu mangsa banjir kini sedang mencari kenderaan untuk dijadikan van pesakit.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Dalam hantaran itu, Azwan juga bertanya kepada warga maya di antara kenderaan Hiace, Alphard dan Kia Carnival yang mana satu sesuai dijadikan van pesakit.

“Tolong bagi pendapat. Mana satu yang okay? Untuk dijadikan van pesakit,” tulisnya.

Hantaran itu menerima reaksi warga maya yang berkongsi pengalaman dan pendapat kenderaan mana yang sesuai dijadikan van membawa pesakit.

Sebelum ini, Azwan menerima hadiah berupa sebuah kereta pacuan empat roda (4×4) yang ditawarkan seorang usahawan kosmetik.

Kisah beliau tular di media sosial apabila Azwan membantu mangsa banjir di Selangor dan Pahang, menggunakan kereta jenis Perodua Viva dan sebuah bot. – Malaysiapost

Komen