Kerajaan, institusi kewangan gagal tangani modus operandi scammer

Kerajaan, institusi kewangan gagal tangani modus operandi scammer

PAKATAN Harapan (PH) sedang berusaha merangka beberapa perkara untuk mendapatkan keadilan buat mangsa scammer.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata usaha itu dilakukan susulan semakin banyak individu tertipu sehingga beratus juta ringgit kerugian dilaporkan setiap tahun.

“Sedih sangat bila baca kisah mangsa-mangsa scammer. Ramai yang tertipu, jumlah jenayah scammer tidak berkurangan, beratus juta dicuri setiap tahun. Dalam masa beberapa minit sahaja habis hilang segala simpanan seumur hidup.

“Malangnya saya lihat hingga ke hari ini kerajaan dan hampir keseluruhan ekosistem kewangan masih gagal tangani atau hentikan modus operandi scammers,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Tambah Fahmi, jika pun ada suspek yang dihadapkan ke mahkamah, ia hanyalah ‘ikan-ikan bilis’.

“Tapi jerung-jerung scammer masih berkeliaran, bermaharajalela!,” katanya. – Malaysiapost

Komen