Mona, Pekin sambut ‘anak merdeka’

Mona, Pekin sambut ‘anak merdeka’

PASANGAN selebriti Mona Allen dan Pekin Ibrahim selamat menyambut kelahiran anak sulung lelaki pada pukul awal pagi tadi.

Lebih isitimewa, pasangan yang telah empat tahun berkahwin itu menimang cahaya mata ketika seluruh masyarakat di Malaysia menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65 pada 31 Ogos, hari ini.

Berita gembira itu dikongsi Mona menerusi hantaran di Insta Story miliknya.

Dalam masa sama, pelakon siri Leon Zalika itu memberitahu keadaan dirinya dan juga bayi sihat dan selamat.

“Alhamdulillah. Terima kasih atas doa anda. Ibu dan bayi selamat. Bayi merdeka lahir pada pukul 2.39 pagi tadi,” tulisnya.

Sebelum ini, Mona mengumumkan berita kehamilan awal Mei lalu selepas kandungannya mencecah tujuh bulan.

Mona mendirikan rumah tangga dengan Pekin atau nama sebenarnya Mohd. Iznan Ibrahim pada 7 Disember 2018. – Malaysiapost

Komen