Nilai ringgit rendah tanda ekonomi negara lemah

Nilai ringgit rendah tanda ekonomi negara lemah

Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

MENTERI Kewangan menyatakan tidak perlu bimbang dengan prestasi ringgit, walaupun Ringgit Malaysia jatuh berbanding dollar AS, melepasi paras RM4.50, kali pertama paras ini ditembusi sejak krisis kewangan Asia pada tahun 1998.

Katanya lagi, kita tumpu pada ekonomi. Pada saya kenyataan ini ‘ridiculous’. Bagaimana ekonomi hendak naik jika nilai ringgit rendah dan terus jatuh? Tidak tahukah kita ‘a weak ringgit affects purchasing power of the people’. Nilai ringgit rendah tandanya ekonomi kita lemah.

Kita perlu telus memberitahu rakyat kedudukan ekonomi kita. Rakyat biasa boleh merasakan barang keperluan harian naik meroket, tetapi kerajaan umumkan kadar inflasi kita 2.8%.

Mungkin data kerajaan betul dari segi angka, tetapi tidak realitinya. Rakyat kampung pun boleh merasakan hal ini. Sekarang harga minyak masak, telor, gandum dan barang keperluan harian naik berganda, adakah boleh kita kata inflasi pada kadar 2.8%?

Menteri Kewangan juga berkata kita tidak tumpu pada prestasi ringgit kerana fokus kerajaan adalah pada ekonomi jangka pendek dan panjang.

Pertanyaannya, bolehkah kita abaikan nilai ringgit dengan hanya memfokuskan kepada prestasi ekonomi? Jika ekonomi tidak berkait dengan kos barangan dan perkhidmatan, kos import dan eksport, dan inflasi, ilmu ekonomi apakah yang kita pakai?

Tidak tahukah Menteri Kewangan bahawa 80% dari perdagangan dan pinjaman kita adalah menggunakan USD. Jika dollar Amerika meningkat, ini tentunya memberi kesan kepada ekonomi kita. Apatah lagi misalnya, barangan makanan kita banyak yang diimport.

‘We earn in ringgit but spend in USD’. Itulah dia ‘imported inflation’. ‘External Reserves’ kita juga dalam USD. Kita tidak boleh elak USD, melainkan kita de dollarization seperti yang cuba dibuat oleh China, Rusia, India dan Iran. Itupun ‘still a very long way to go’.

Saya perturunkan External Reserves (dalam bilion) beberapa negara mengikut IMF sehingga 26 Ogos 2022.
i. China 3,576.63
ii. Jepun 1,430.53
iii. Switzerland 1,101.38
iv. India 633.83
vii. Korea Selatan 461.77
viii. Singapura 426.63
Malaysia approximately 108 billion USD = 5/6 month retained imports.

Saya perturunkan pula data ringkas tentang hutang negara.
Hurang kerajaan = 1 trilion + 200 billion in contingent liabilities (guaranteed loans)

  • 200 billion PFI private finance initiative. Jumlah tanggungan 1.4 trilion
    There is also Corporate Debt but this is not part of hutang negara.

Hutang Isi rumah yang menghimpit rakyat kerana pendapatan stagnan, sedangkan kos sara hidup meningkat. Jadi ini yang membuatkan rakyat resah.

Pertanyaannya, ‘what to expect if this country debt is over a trillion? Which investors keen to invest here?’. Apakah ini kita masih tidak perlu kisah kepada prestasi nilai ringgit?

Permintaan saya mudah. Elak memberi kenyataan meragukan to ‘ignorant Malaysian’.

Penulis ialah penganalisis politik dan bekas pensyarah kanan Sains Politik UKM)

(Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis, tidak semestinya mewakili pendirian Malaysiapost)

Komen