Wanita berihram: ‘Kalau berani tunjuk depan Kaabah kenapa nak takut’ – Idris 

Wanita berihram: ‘Kalau berani tunjuk depan Kaabah kenapa nak takut’ – Idris 

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menegaskan pihak berkuasa agama masih terus menjejaki seorang wanita berpakaian ihram lelaki di Makkah seperti yang tular menerusi video baru-baru ini.

Idris berkata, terdapat laporan mengatakan individu tersebut berada di Selangor dan pihak berkuasa agama di negeri itu akan dimaklumkan untuk tindakan lanjut

Jelasnya, tindakan undang-undang melibatkan hal ehwal agama tertakluk kepada bidang kuasa jabatan agama negeri masing-masing.

“Kita tak tahu dekat mana dia duduk. Sepatutnya dia kena berani sebab dia tunjuk gambar, jadi tak hebatlah. Patut kalau berani tunjuk depan Kaabah seolah-olah nak provok orang kenapa takut. Patut berani buat, berani lah tanggung.

“Kena ingat bidang kuasa bertindak ini di bawah pihak berkuasa agama negeri. Ada prosedurnya bukan dibuat semborono,” katanya seperti dilapor Sinar Harian

Beliau berkata, semua pihak berkuasa agama akan dimaklumkan jika terdapat maklumat diterima mengenai keberadaan individu berkenaan.

Dalam pada itu, Idris turut menafikan bahawa pihaknya lambat bertindak dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan agama Islam.

Jelasnya, beberapa tindakan telah diambil dan diselesaikan selain memaklumkan kepada pihak berkuasa agama negeri mengikut peruntukan ditetapkan.

Komen