Kelantan negeri tertinggi Terima peruntukan tangani banjir – Tuan Ibrahim

Kelantan negeri tertinggi Terima peruntukan tangani banjir – Tuan Ibrahim

KELANTAN adalah negeri tertinggi yang menerima peruntukan bagi projek tebatan banjir di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), tegas Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, negeri berkenaan menerima peruntukan sebanyak RM2.17 bilion bagi projek tebatan banjir termasuk di kawasan Rantau Panjang yang sering dilanda bencana banjir.

Beliau berkata, pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sentiasa berusaha dan bekerja keras untuk mengurangkan risiko banjir demi kepentingan rakyat.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Pas berkata, bagaimanapun sebahagian projek besar mengambil masa untuk disiapkan.

“Sebagai contoh, Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok Fasa 1 dengan kos RM656 juta merangkumi beberapa skop, antaranya pembinaan struktur pintu air Kuala Jambu (100%), pembinaan ban banjir Sungai Lanchang Lemal (>95%) dan pembinaan ban banjir Sungai Golok

“Insya-Allah, kita komited memastikan projek berjalan lancar dan mengikut jadual ditetapkan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Sementara itu dalam satu lagi hantaran, Tuan Ibrahim memaklumkan kementeriannya kini sedang menaik taraf 300 siren amaran banjir sebagai persediaan bagi menghadapi bencana banjir.

“KASA – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bersiap sedia hadapi Monsun Timur Laut menjelang November ini dengan menaik taraf 300 daripada 500 siren amaran banjir khususnya di kawasan hot spot kritikal seluruh negara,” katanya. – Malaysiapost

Komen