Muhyiddin ibarat ‘tembak kaki sendiri’

Muhyiddin ibarat ‘tembak kaki sendiri’

PRESIDEN Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin diibaratkan seperti ‘menembak kaki sendiri’ apabila mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Armand Azha Abu Haniffah, berkata ini kerana Bersatu pimpinan Muhyiddin juga adalah sebahagian daripada kerajaan ketika ini.

Beliau berkata, Muhyiddin mungkin terlupa dua menteri yang menjaga hal ehwal ekonomi adalah daripada Bersatu, iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Tan Sri juga adalah Pengerusi Majlis Pemulihan Negara yang sepatutnya memberi nasihat kepada kerajaan, terutama usaha memulihkan ekonomi negara selepas pandemik Covid-19.

“Kita tahu dalam perjalanan menuju ke PRUI15, sebelum keluarkan kenyataan, lebih baik tengok-tengok dulu. Nak main politik tak mengapa, tetapi ini ibarat tembak kaki sendiri.

“Ini kerana menteri-menteri Bersatu jaga ekonomi turut berada dalam kerajaan pimpinan Ismail Sabri,” katanya menerusi satu video dimuatnaik di media sosial miliknya.

Semalam Muhyiddin dilaporkan berkata PN rela PRU15 diadakan dengan alasan Perdana Menteri gagal mengurus ekonomi dan negara dengan baik.

Muhyiddin berkata PRU segera akan membolehkan sebuah kerajaan baharu yang lebih cekap, prihatin dan bebas rasuah dipilih oleh rakyat.

Jelas Muhyiddin, kejatuhan nilai ringgit antara isu yang didakwa tidak dipandang serius oleh Ismail Sabri.

Malah katanya, Perdana Menteri tidak tampil menjelaskan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk membendung kejatuhan nilai ringgit. – Malaysiapost

Komen