Tiada ‘double standard’, lelaki mangsa intip boleh tampil ke hadapan

Tiada ‘double standard’, lelaki mangsa intip boleh tampil ke hadapan

TIADA ‘double standard’ atau diskriminasi gender sekiranya lelaki menjadi mangsa jenayah intip dan hendap. 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata lelaki yang menjadi mangsa jenayah tersebut disarankan tampil ke hadapan untuk berkongsi apa jua yang dialami mereka. 

Menurutnya, sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa jenayah tersebut pewartaan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan jenayah intip dan hendap penting sekali gus memerlukan kerjasama semua pihak.

“Setakat ini saya tidak pernah menerima sebarang perkongsian daripada lelaki, tetapi saya tidak menolak kemungkinan mereka menjadi mangsa juga.

“Hal ini kerana jenayah intip dan hendap tidak mengira jantina atau latar belakang seseorang individu pada masa kini.

“Oleh itu, saya berharap lelaki tidak malu berkongsi, ini adalah masa terbaik untuk kita sama-sama perjuangkan nasib mangsa intip dan hendap yang berhadapan dengan situasi sukar sebegini,” katanya. 

Beliau berkata kepada media selepas menghadiri sesi libat urus bersama Organisasi Masyarakat Sivil (CSO) mengenai penggubalan RUU anti-stalking law di Kuala Lumpur, hari ini. -Malaysiapost

Komen