Bapa pelakon remaja bebas dengan jaminan polis

Bapa pelakon remaja bebas dengan jaminan polis

POLIS kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan membabitkan bapa kepada pelakon remaja perempuan yang didakwa melakukan serangan seksual, pengabaian kebajikan dan memiliki bahan lucah terhadap anaknya itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata kertas akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

“Suspek yang direman selama tiga hari sejak Ahad lalu telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah tempoh reman tamat,” katanya seperti dilapor Malaysiagazette.

Suspek ditahan reman selama tiga hari bermula 18 September lalu untuk membantu siasatan.

Sabtu lalu, suspek ditahan sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Petaling Jaya di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara pada jam 4.10 petang.

Ia bagi membantu siasatan terhadap laporan yang dibuat oleh bekas isteri suspek tersebut.

Pada 6 September lalu, pelakon remaja itu membuat laporan polis mendakwa dia menjadi mangsa gangguan seksual dan penderaan bapanya semasa berusia enam tahun. – Malaysiapost

Komen