Covid-19: 1,667 kes baharu, 7 kematian semalam

Covid-19: 1,667 kes baharu, 7 kematian semalam

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tujuh kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,324 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, dua kematian dilapor berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, sebanyak 1,667 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,783,694 kes.

Selain itu, seramai 23,577 individu atau 95.4 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada lagi individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,079 kes pula dirawat di hospital dan 59 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 37 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

Komen