Kalau tak mampu urus, elok serah semula kepada MUSA

Kalau tak mampu urus, elok serah semula kepada MUSA

BERITA Melaka United FC (MUFC) tidak dibenar beraksi dalam kancah Piala Malaysia edisi 2022 telah meremukkan hati rakyat negeri itu. 

Peluang MUFC untuk beraksi dalam kancah kejohanan tertua di rantau asia itu bukan kerana pasukan itu tidak layak secara merit, sebaliknya dinafikan kerana menerima hukuman daripada Malaysia Football League (MFL) berikutan gagal melunaskan tunggakan gaji pemain dan pegawainya. 

Berita dukacita itu turut menarik perhatian 
EXCO Negeri Melaka Dr Akmal Saleh yang menyifatkan satu perkhabaran yang amat sedih bagi rakyat Melaka. 

“Satu berita yang amat sedih bagi seluruh orang melaka,” kongsinya di Facebook miliknya, hari ini. 

Justeru, Dr Akmal mendesak Ken Team yang merupakan pemegang saham terbesar MUFC bertanggungjawab atas apa yang berlaku untuk memberi penjelasan kepada rakyat Melaka. 

“Kita mohon untuk owner MUFC iaitu Ken Team untuk memberikan penjelasan yang tepat kepada semua rakyat melaka.

“Jika Ken Team yang memegang saham terbesar dalam MUFC tidak mampu untuk menguruskan pasukan ini, lebih elok jika ia diserahkan semula kepada MUSA dan biarlah pasukan MUFC kita ini diuruskan dengan cara kita sendiri.

“Ken team kami mahukan penjelasan dari anda!” katanya. 

Dr Akmal juga membidas Ken Team kerana kegagalan menguruskan MUFC telah merugikan perkembangan bolesepak di bumi Hang Tuah itu. 

“Ukur baju di badan sendiri, jika tidak mampu jangan buat-buat mampu dan akhirnya rugi pada seluruh peminat Melaka United,” katanya. 

MFL menerusi kenyataan memaklumkan, Melaka United telah menerima notis peringatan pada 6 September lalu untuk menyelesaikan segala tunggakan gaji atau mendapat persetujuan bersama pegawai dan pemain terlibat sehingga 20 September.

Bagaimanapun katanya, sehingga hari ini Melaka United hanya dapat mengemukakan bukti pembayaran sehingga Jun 2022. -Malaysiapost

Komen