Tular aktor lelaki didakwa cium, mabuk dengan teman wanita orang

Tular aktor lelaki didakwa cium, mabuk dengan teman wanita orang

SEORANG lelaki mendedahkan kelakuan tidak sopan aktor popular yang dirakam bercium dan mabuk bersama teman wanitanya di kelab malam.

Video yang dimuat naik individu terbabit yang juga teman lelaki wanita itu menerusi Twitternya.

Menurutnya, teman wanitanya ‘terkantoi’ berlaku curang namun masih tidak mengakuinya malah memberi alasan sengaja mendekati aktor tersebut untuk mendapatkan meja ‘VIP’.

Katanya, aktor berkenaan kemudian menghantar mesej kepadanya meminta dia memadam video tersebut bagi menjaga imejnya dan mendakwa wanita terbabit sekadar ‘seorang wanita mabuk’ yang datang menghampirinya ketika itu dan mereka tiada apa-apa hubungan.

“Imej apa bro? Saya tidak tahu apa yang lebih teruk, dia melakukan semua ini dengan seorang pelakon c-rated, atau pelakon itu hanya menyatakan dia seorang perempuan murahan rawak.

“Dia (teman wanita) sentiasa mahu menjadi terkenal sebagai influencer dan lain-lain. Sentiasa cari gaya hidup hedonistik,” tulisnya.

Dalam pada itu, netizen semakin rancak meneka siapakah aktor berkenaan dan meminta supaya pengguna Twitter terbabit meninggalkan kekasihnya yang curang itu. – Malaysiapost

Komen