Ebit Lew masuk kelab malam

Ebit Lew masuk kelab malam

PENDAKWAH bebas, Ebit Lew yang kini berada di Jakarta, Indonesia meneruskan misi dakwah dengan ‘menerjah’ ke sebuah kelab malam di republik itu, malam tadi.

Selepas mendekati kumpulan punk beberapa hari lalu, Ebit menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan, beliau ke kelab berkenaan bagi bertemu wanita yang menjadi ‘escort girl’ atau pelacur di Jakarta.

Menurut Ebit, kumpulan wanita berkenaan termasuk ada yang beragama Islam menerima kehadirannya dengan hati terbuka termasuk menangis apabila diingatkan mengenai Allah SWT.

“Ada yang Islam dan bukan Islam .Mereka kenal saya. Katanya selalu lihat di media sosial. Bila minta masa sekejap berbual mereka gembira memberi masa,” tulis Ebit.

Menurut Ebit lagi, sebahagian mereka bekerja menjual diri semenjak berusia 14 tahun kerana desakan hidup untuk membantu keluarga.

Ebit Lew ke kelab berkenaan bagi bertemu wanita yang menjadi ‘escort girl’ atau pelacur di Jakarta.

“Remaja lagi. Mulanya kerana keluarga susah dan terdesak ingin membantu keluarga. Ada sebahagian ibu tiada suami besarkan anak seorang diri.

“Semua menangis je bila saya mula cakap. Allah sayang kita dia beri banyak nikmat. Teresak-esak menangis,” katanya.

Dalam pada itu, Ebit berkata, kebanyakan mereka tidak memilih ‘jalan’ berkenaan untuk mencari rezeki dan ada yang mengakui terasa rindu mahu bersujud kepada Allah SWT.

“(Mereka) rindu nak dekat pada Allah. Terkejut rasa bila tiba-tiba semua menangis walau mungkin tak faham semua perkataan saya. Allah Maha Penyayang. Sentiasa mengetuk hati hambanya.

“Kita semua sedang diuji. Atas jalan yang sama belum tahu nasib kita disana. Untuk dekat pada Allah selalu mengajak orang lain dekat pada Allah.

“Ada yang dah lama ingin berubah belum kuat. Hari ni kami kuat untuk tukar kerja lain. Ingin cari rezeki yang halal walau mungkin susah. Saya ‘capek’ ustaz. Meluah rasa penat jadi begini. Rindu nak sujud pada Allah,” katanya.

Menurut Ebit, di akhir pertemuan berkenaan beliau sempat menghadiahkan mereka jubah dan tudung selain mendokan mereka kembali ke jalan Allah.

Ebit Lew menghadiahkan mereka jubah dan tudung

“Doakan kami yer ustaz supaya dapat dekat pada Allah. Terima kasih sudi jumpa dan nasihat kami. Kali pertama orang ceramah di club malam ini. Ulang kali mereka ucap terima kasih,” katanya. – Malaysiapost

Komen