‘Kita tengok sampai bila boleh jadi manja’ – netizen

‘Kita tengok sampai bila boleh jadi manja’ – netizen

KISAH pasangan sensasi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan (DDNK), 47, dan isterinya, Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari, 25, masih menjadi bualan netizen selepas video percutian di atas kapal layar mewah mereka tular di media sosial.

Rata-rata warga maya berkata perkongsian video tersebut agak keterlaluan dan akan menyinggung hati anak DNNK yang melihat bapanya kini bahagia bersama isteri baharu.

Menurut pengguna Facebook Nur Shahila, Mohd Nazri sepatutnya menjaga hati anaknya, kerana emosi anak sering terjejas berpunca daripada ibu bapa yang berpisah.

“Benda macam ni satu sahaja aku fikir, masa bapa seronok tidak fikir anak ke? Anak kini kena bahagi sana sini angkara bapa mahu isteri yang ‘manja’,” katanya.

Video berdurasi 33 saat yang dimuat naik menerusi laman Tiktok DDNK, telah dikongsi di Facebook kini menerima 131,000 tontonan, dan leih 2,000 komen.

Sebelum ini, DDNK berkata dia senang dengan sikap isterinya yang manja dan tidak kekok jika bersama dengannya walaupun jarak usia mereka terlalu jauh.

Sementara itu, dalam video yang sama, ada netizen yang meminta Mohd Nazri ‘berjaga-jaga’ kerana sikap manja yang dinyatakan itu mungkin berubah setelah usia perkahwinan memasuki tempoh tertentu.

“Yang terpaling manja itu nanti tengok la sampai bila boleh jadi manja. Jaga-jaga DDNK awak tu dah tua, isteri muda lagi. Jangan manja bertukar ngeri sudah,” nasihat Kasman Norwatie.

“Dulu isteri pertama Datuk pun manja. Lama-lama melayan kerenah datuk sampai tua macam ni hilang la manja dia. Tak mengapa kita tunggu manja yang kedua ni macam mana,” kata Narita.

“Tunggu la masa kena bancuh susu malam buta. Manja tak manja perginya,” seloroh Maira.

Mohd Nazri bernikah dengan Tuan Nor Ernie Rossmeris yang juga pelajarnya pada 9 September lalu dan diraikan pada majlis gilang-gemilang di sebuah hotel di ibu kota.

Sebelum ini, beliau pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata namun bercerai selepas 20 tahun hidup bersama. – Malaysiapost

Komen