MIC sedia jika PRU15 ketika Deepavali – Saravanan

MIC sedia jika PRU15 ketika Deepavali – Saravanan

MIC sentiasa bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) biar pun jika ia dibuat ketika Deepavali yang akan disambut bulan depan, kata Datuk Seri M Saravanan.

Timbalan Presiden MIC itu berkata ia selepas mengambil kira sejarah PRU pernah diadakan ketika sambutan perayaan Deepavali.

Bagaimanapun, Menteri Sumber Manusia itu berkata, semua keputusan terserah kepada kepemimpinan Barisan Nasional (BN) untuk memutuskan tempoh sesuai bagi mengadakan PRU15.

“MIC sudah lama bersedia (hadapi PRU15). Kita bukan tak pernah adakan (PRU) ketika Deepavali. Dulu pun pernah sekali adakan PRU semasa musim Deepavali.

“Iaterserah kepada pucuk pimpinan BN untuk memutuskannya,” katanya dalam seidang media, hari ini.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, cadangan untuk mengadakan PRU15 dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet bagi mendapatkan pandangan jemaah menteri. – Malaysiapost

Komen