Polis tak terima notis makluman perhimpunan tolak PRU Awal 

Polis tak terima notis makluman perhimpunan tolak PRU Awal 

TIADA sebarang notis pemakluman diterima polis berhubung penganjuran Himpunan Tolak PRU (Pilihan Raya Umum) Awal yang dirancang Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Sabtu ini. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata orang ramai diingatkan supaya tidak menyertai himpunan berkenaan. 

“Setakat ini, pihak polis tidak menerima sebarang notis pemakluman berhubung himpunan itu. 

“Justeru, orang ramai dinasihat supaya tidak menyertai himpunan itu, Sabtu ini. Tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang,” katanya memetik Berita Harian. 

Terdahulu, Muda dilaporkan merancang untuk berhimpun di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 24 September ini. 

Difahamkan himpunan itu bagi membantah desakan Pilihan raya Umum ke-15 diawalkan pada musim tengkujuh yang diramalkan November ini kerana dilihat akan menyusahkan rakyat ketika berdepan musibah banjir. – Malaysiapost

Komen