Radzi ajak warga pendidik cipta lebih banyak inovasi bagi kaedah PdP

Radzi ajak warga pendidik cipta lebih banyak inovasi bagi kaedah PdP

PERTANDINGAN 3-Minute PdP Pitching Peringkat Kebangsaan yang pertama kali diadakan tahun ini menyaksikan pelbagai inovasi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) dipersembahkan guru.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata beliau sendiri dapat lihat kesungguhan para guru memperkenalkan kaedah baharu dalam PdP.

Katanya, kaedah tersebut pastinya boleh dikongsi dengan rakan guru yang lain untuk sama-sama memantapkan lagi pelaksanaan pedagogi PdP di sekolah, selaras dengan perkembangan teknologi digital dalam bidang pendidikan.

“Pertandingan sebegini juga memperluas pendekatan pedagogi dalam bilik darjah, menggalakkan guru mencipta atau menghasilkan inovasi dalam proses PdP di samping menyediakan ruang dan peluang berkongsi hasil inovasi masing-masing.

“Diharap inovasi yang dicungkil melalui pertandingan ini dapat dimanfaat sebaiknya oleh warga pendidik.

“Sama-sama kita lakukan perubahan dengan mencipta lebih banyak inovasi bagi menjadikan kaedah PdP lebih menyeronokkan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Komen