Kurniaan mampu berdoa, nikmati kemanisan berhubung dengan Allah SWT

Kurniaan mampu berdoa, nikmati kemanisan berhubung dengan Allah SWT

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin

APABILA Allah SWT mengurniakan seseorang jiwa yang mampu berdoa kepada-Nya dengan penuh pasrah dan kusyuk, bererti Dia telah mengurniakan kurniaan yang maha besar.

Bukan semua insan mampu melakukan hal itu. Ada insan yang apabila ingin berdoa kepada Allah, tidak hadir dalam dirinya jiwa kehambaan yang penuh pasrah, cinta dan harap. Jiwanya kering, sekalipun tangannya diangkat berdoa.

Lebih dahsyat, ada yang tenggelam dalam cabaran kehidupan, tapi tetap tidak teringat untuk merendah diri kepada Allah SWT berdoa kepada-Nya.

Sebaliknya, dia hanya terbayang selain Allah SWT yang dia rasa mampu menolong dirinya samada manusia atau lain-lain. Dia bersandar kepada mereka itu sepenuhnya, dia melupai Tuhan Yang Maha Berkuasa dalam kehidupan ini.

Demikian itu kita faham maksud Saidina Umar bin al-Khattab dalam riwayat al-Tirmizi bahawa beliau tidak risau tentang kemustajaban doa, tetapi risau tentang doa itu sendiri.

Jika seseorang itu diilhamkan berdoa dengan makna yang sebenar, maka kemustajaban itu bersamanya.

Bersyukurlah apabila kita dikurniakan Allah jiwa yang penuh kehambaan apabila berdoa kepada-Nya.

Dikurniakan jantung hati yang sentiasa ingin berdoa dan menikmati kemanisan perhubungan dengan Allah SWT apabila berdoa.

(Sumber: Facebook Dr Maza)

Komen