PRU15: PAS tanding 30 kerusi Parlimen?
Aiman Hanif
PAS dijangka akan bertanding di 30 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti bersama Perikatan Nasional (PN).
Menurut sumber, 30 kerusi berkenaan adalah kategori “kerusi hijau”, ataupun kerusi yang mempunyai peluang cerah untuk PAS menang.
Berdasarkan rundingan pembahagian kerusi, 30 kawasan yang menjadi sasaran PAS membabitkan Perlis; Kedah; Kelantan; Terengganu; Pulau Pinang dan Perak.
PAS mensasarkan untuk bertanding dua (2) kerusi di Perlis; 4 Kedah; 9 Kelantan, 5 Terengganu, 1 Pulau Pinang; 2 Perak; 2 Pahang; 2 Wilayah Persekutuan; 1 Johor dan 2 Sarawak.
Bagaimanapun terdapat lima kerusi yang masih dirunding antara parti itu dengan Bersatu.
Kerusi yang masih dalam rundingan dengan Bersatu membabitkan Tasek Gelugor; Bagan Serai; Bukit Gantang; Bandar Tun Razak dan Mersing.
Empat daripada lima kerusi berkenaan dimenangi BN sebelum wakil rakyat bertindak keluar parti dan menyertai Bersatu.
Hampir keseluruhan kerusi yang diintai PAS itu membabitkan kawasan luar bandar dan majoriti Melayu.
Berikut adalah kerusi yang dijangka akan ditandingi PAS dalam PRU15 nanti:
1. Padang Besar
2. Arau
3. Pokok Sena
4. Pendang
5. Jerai
6. Sik
7. Tumpat
8. Pengkalan Chepa
9. Kota Bharu
10. Pasir Mas
11. Rantau Panjang
12. Kubang Kerian
13. Bachok
14. Pasir Puteh
15. Kuala Krai
16. Setiu
17. Kuala Nerus
18. Kuala Terengganu
19. Marang
20. Dungun
21. Tasek Gelugor
22. Bagan Serai
23. Bukti Gantang
24. Jerantut
25. Paya Besar
26. Titiwangsa
27. Bandar Tun Razak
28. Mersing
29. Kota Samarahan
30. Batang Lupar
Untuk rekod Muktamar PAS baru-baru ini mengesahkan bahawa agihan kerusi membabitkan parti komponen PN masih dalam perbincangan.- Malaysiapost