‘Setengah dari perjalanan karier seni saya bersama Bob Lokman’ – Hattan 

‘Setengah dari perjalanan karier seni saya bersama Bob Lokman’ – Hattan 

PENYANYI Datuk Hattan, 58, tidak dapat menyembunyikan rasa sedih dengan perkhabaran duka sahabat karibnya, pelawak dan penulis lirik Bob Lokman meninggal dunia, hari ini. 

Menurut Hattan, 57, persahabatan dengan Bob Lokman sangat akrab dan menyifatkan separuh daripada perjalanan karier seninya adalah bersama penulis lirik itu. 

“Setengah dari perjalanan karier seni saya adalah bersama Almarhum Bob Lokman,” kata menerusi hantaran Insta Story hari ini. 

Sementara itu, penyanyi Datuk Amy Search antara insan yang sangat terkesan dengan pemergian Bob Lokman. 

Ini kerana, Allahyarham adalah penulis lirik kepada lagu Isabella menyanyi kumpulan Search, sehingga dijulang sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu pada tahun 1989. 

Menerusi hantaran di Facebooknya, Amy berkongsi berita pemergian Bob Lokman, dan menitipkan doa buat Allahyarham. 

“Perginya pejuang seni, Almarhum Mohd Hakim Bin Lokman @ Bob Lokman di hari Jumaat yanhg mulia ini. 

“Muga Allah rahmati dan kurniakan keampunan buat beliau dan golongkan beliau di kalangan solihin,” katanya dalam hantaran itu. 

Semakan di Instagram, rakan-rakan artis seperti Zul Ariffin, Amar Baharin, dan Adam Hamid turut memuat naik ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Bob Lokman. 

Bob Lokman yang terkenal dengan dalam dunia lakonan dan penulisan lirik lagu menghembuskan nafas terakhir hari ini, pada usia 58 tahun. 

Sebelum ini, Bob Lokman pernah dimasukkan ke hospital akibat masalah buah pinggang. 

Bob Lokman juga dilaporkan menghadapi masalah paru-paru dan jantung. 

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Relawati Daud, 44, dan tujuh anak, Omar Hakim, 28, Ahmad Sufian, 27, Ahmad Rayyan, 16, Nur Amanee, 14, Luqmanulhakim, 13, Muhammad Danial, 10, dan Nur Amalin, 8. – Malaysiapost

Komen