Amanah mahu PMO jelaskan kos pemimpin Umno ke New York

Amanah mahu PMO jelaskan kos pemimpin Umno ke New York

PEJABAT Perdana Menteri (PMO) diminta memberi perincian secara rasmi berhubung kos rombongan pemimpin Umno ke New York, Amerika Syarikat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata Umno adalah parti politik dan pembabitan pemimpin parti itu tidak sepatutnya ditanggung kerajaan.

“Rombongan PM ke UNGA di New York dikatakan seramai hampir 30 orang termasuk pimpinan Umno . Naik ‘private jet’.

“PMO mesti jawab secara rasmi kos rombongan Umno ini. ‘Umno is Umno’,” katanya dalam ciapan di Twitternya.

Perdana Menteri telah tiba di New York dan berucap mewakili Malaysia pada Perhimpunan Agung Petubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Setakat ini, tujuh pemimpin Umno dilihat menyertai rombongan bersama Perdana Menteri ke New York.

Ia berdasarkan kepada gambar yang dirakam dan dimuatnaik di media sosial oleh mereka ketika berada di New York.

Antara tujuh pemimpin Umno yang ke New York ialah, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Koperasi dan Usahawan Negeri Melaka, Datuk Ab Rauf Yusof dan bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.- Malaysiapost

Komen