Dakwaan penjualan data pengundi, SKMM digesa siasat Invoke – Chegu Bard

Dakwaan penjualan data pengundi, SKMM digesa siasat Invoke – Chegu Bard

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa untuk menyiasat Invoke Solution Sdn Bhd milik Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, susulan dakwaan  menjadikan syarikat itu sebagai penjualan data.

Pemimpin Bersatu Johor, Badrul Hisham Shaharin berkata, berdasarkan bukti beberapa resit yang dilampirkan dalam laporan Malaysiapost, dapat dilihat caj bayaran yang dikenakan oleh orang politik yang menggunakan perkhidmatan atas data itu.

“Menurut sebut harga Invoke Solutions Sdn Bhd kepada seorang Adun PKR di Pahang, ia babitkan dua bayaran masing-masing bernilai RM15,000 dan RM37,000.

“Sebuat harga bernilai RM15,000 membabitkan perkhidmatan analisis data berkaitan penilaian pengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), manakala bagi sebut harga yang bernilai lebih RM37,000 ia babitkan perkhidmatan tinjauan dan pengumpulan data pengundi.

“Mereka konon akan melakukan tinjauan melalui panggilan telefon untuk tinjauan sokongan pengundi. Tapi, mengikut rekod invoke ditubuhkan 2016, invoke dikatakan diberi peranan mengumpulkan data culaan bagi pihak PH.

“Jadi, sukarelawan PH kumpul data bekerja secara sukarela tetapi bila data dah terkumpul ia diperniagakan? Yang didedahkan ini baru penggunaan data untuk politik… berapa pula dia dapat dari manipulasi data yg diperolehi dari sukarelawan diperguna untuk syarikat komersial ,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Justeru, kata Badrul Hisham, jika SKMM serius melindungi data peribadi maka suruhanjaya itu dapat melihat adakah Invoke mempunyai kebenaran mengumpul dan memperdagangkan data peribadi bagi meraih keuntungan. Malaysiapost

Komen