Invoke terbabit penjualan data pengundi?

Invoke terbabit penjualan data pengundi?

INVOKE yang diasaskan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dipercayai menjadikan penjualan data sebagai perniagaan mereka.

Ia berdasarkan kepada beberapa resit yang dilihat Malaysiapost yang merupakan caj bayaran dikenakan terhadap pemimpin politik mendapatkan khidmat badan itu.

Menurut sebut harga Invoke Solutions Sdn Bhd kepada seorang Adun PKR di Pahang, ia membabitkan dua bayaran yang masing-masing bernilai RM15,000 dan RM37,000.

Sebuat harga bernilai RM15,000 membabitkan perkhidmatan analisis data berkaitan penilaian pengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Manakala bagi sebut harga yang bernilai lebih RM37,000 ia membabitkan perkhidmatan tinjauan dan pengumpulan data pengundi.

Mereka juga akan melakukan tinjauan melalui panggilan telefon untuk tinjauan sokongan pengundi.

Sebut harga berkenaan bertarikh 22 September.

Untuk rekod, Rafizi merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Invoke.

Invoke ditubuhkan Rafizi pada tahun 2016 ketika beliau merasakan Pakatan Harapan (PH) tidak mampu untuk menang pilihan raya umum tanpa teknik kempen moden seperti Amerika Syarikat dan negara barat.

Rafizi sebelum ini memaklumkan Invoke mempunyai lebih 150 pekerja berkaitan sains data, pembangunan aplikasi dan pemasaran digital.

Malaysiapost telah menghubungi Rafizi bagi mendapatkan komen mengenainya, namun sehingga berita ini ditulis masih belum ada maklum balas.- Malaysiapost

Komen