MPKB sahkan Nik Abduh utus surat minta bantuan kenduri anak

MPKB sahkan Nik Abduh utus surat minta bantuan kenduri anak

MAJLIS Perbandaran Kota Bharu (MPKB) mengesahkan menerima permohonan bantuan daripada Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Perkara itu disahkan Yang Dipertua MPKB, Rosnazli Amin yang berkata, permohonan berkenaan dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit melalui sepucuk surat.

“Pejabat saya terima surat itu,” katanya seperti dilapor Malaysiakini, hari ini.

Terdahulu tular gambar sepucuk surat daripada Nik Mohamad Abduh yang memohon kemudahan tertentu daripada pihak MPKB seperti meja, kerusi dan hiasan bunga.

Surat bertarikh 20 September lalu itu antara lain meminta PBT terbabit menyediakan beberapa kemudahan untuk melicinkan perjalanan sebuah majlis yang dirancang.

Surat tersebut menjelaskan, bekas Ketua Pemuda PAS membuat permohonan bagi melancarkan majlis bekwoh (kenduri) kesyukuran Keluarga Besar Nikmatillah yang diadakan sempena perkahwinan anaknya.

Kenduri tersebut dilangsungkan di kawasan pekarangan masjid dan sekolah agama berhampiran rumah Nik Abdul Aziz hari ini.

Ditanya sama ada MPKB meluluskan permohonan itu atau sebaliknya, Rosnazli dilihat enggan mengulas lanjut.

“Saya tak catat luluskan pun (pada surat tersebut),” katanya. – Malaysiapost

Komen