Pemimpin Umno ke New York guna duit sendiri

Pemimpin Umno ke New York guna duit sendiri

PERBELANJAAN pemimpin Umno yang menyertai rombongan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditanggung oleh mereka sendiri.

Menurut sumber Putrajaya, pemimpin Umno yang menjadi tetamu Perdana Menteri hanya menumpang penerbangan sewa khas itu.

“Ramai yang dalam kapal terbang itu adalah pegawai dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan bukannya ahli politik.

“Perbelanjaan tetamu PM semuanya ditanggung oleh tetamu itu sendiri. Cuma mereka tumpang naik kapal terbang sewa khas sahaja,” katanya kepada Malaysiapost melalui aplikasi What’sApp.

Terdahulu Malaysiapost melaporkan Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub meminta PMO memberi penjelasan terperinci berhubung perbelanjaan pemimpin Umno ke New York itu.

Salahuddin berkata, Umno adalah parti politik dan pembabitan pemimpin parti itu tidak sepatutnya ditanggung kerajaan.

“Rombongan PM ke UNGA di New York dikatakan seramai hampir 30 orang termasuk pimpinan Umno . Naik ‘private jet’.

“PMO mesti jawab secara rasmi kos rombongan Umno ini. ‘Umno is Umno’,” katanya dalam ciapan di Twitternya.- Malaysiapost

Komen