Waspada dengan tawaran ‘Too Good To Be True’ – PDRM

Waspada dengan tawaran ‘Too Good To Be True’ – PDRM

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan tawaran ‘Too Good To Be True’.

Menurut Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police menerusi kenyataan di Facebook, tawaran tersebut mempunyai lima langkah penipuan daripada ‘scammer’ iaitu melalui E-Dagang; pelaburan; pinjaman tidak wujud; love scam dan tawaran kerja.

“Jadi, jangan mudah percaya pada sebarang tawaran yang terlalu bagus untuk dipercayai,” katanya.

Kenyataan itu berkata, antara modus operandi scammer untuk memancing mangsa adalah dengan mengumpan mangsa dengan tawaran yang lumayan, murah dan menguntungkan.

“Scammer kemudian akan mendesak mangsa untuk segera membuat bayaran dengan pelbagai alasan seperti peluang hanya sekali, jika lambat akan terlepas serta pelbagai alasan lain sehingga mangsa tersedar telah ditipu.

“Justeru, berhati-hati! Jangan cepat percaya pada tawaran ‘too good to be true’ kerana anda mungkin adalah mangsa penipuan scammer,” katanya. – Malaysiapost

Komen