3 tahun tak jumpa, Rhys William bawa keluarga pekena nasi kandar

3 tahun tak jumpa, Rhys William bawa keluarga pekena nasi kandar

SELEPAS tiga tahun tidak berjumpa, personaliti media sosial, Rhys William James membawa keluarganya menikmati keenakan nasi kandar di Pulau Pinang.

Dikenali sebagai ‘Mat Saleh Cari Makan’, Rhys yang kini menetap di Malaysia sejak 10 tahun lalu, berkongsi kegembiraan bertemu semula keluarganya yang ‘terbang’ dari England menerusi hantaran di Facebook.

“Selepas lebih tiga tahun tak jumpa, akhirnya bertemu kembali dengan keluarga tersayang. Walaupun hanya tiga tahun, banyak juga nak sembang dan catch-up.

“Dan paling penting, semestinya nak bawa diaorang makan sedap-sedap. Diaorang kata nak pergi jalan-jalan di Penang. Jadi apa lagi… harus pekena nasi kandaq!

“Kuah campur banjir, ayam goreng panas, bendi, telur masin dan popadom – memang marvellous. Siap bungkus bawa balik makan kat homestay lagi,” tulisnya.

Rhys sebelum ini pernah melahirkan rasa bangga dan bersyukur kerana dapat tinggal dan memilih Malaysia sebagai ‘rumah’.

Warga Britain itu sudah berada di negara ini selama 10 tahun dan mengakui selesa serta sebati dengan bahasa Kebangsaan berbanding bahasa Inggeris.

Dia banyak menghasilkan video cari makan di YouTube termasuk bertemakan misi mencari nasi lemak tersedap di seluruh negara. – Malaysiapost

Komen