DBKL perkenal surau bergerak, RRV baharu

DBKL perkenal surau bergerak, RRV baharu

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini memperkenalkan produk baharu iaitu surau bergerak dan Rapid Response Vehicle (RRV).

Menurut DBKL dalam kenyataan di Facebook rasmi miliknya, surau bergerak tersebut merupakan hasil ubahsuai oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal DBKL daripada sebuah pejabat bergerak.

Katanya, kemudahan itu akan diletakkan di lokasi yang sesuai dan digunakan oleh orang ramai di program luaran DBKL.

“Manakala RRV merupakan kenderaan yang digunakan oleh Skuad Kecemasan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL bagi menyelesaikan aduan yang diterima seperti pokok tumbang, tumpahan minyak dan haiwan berbisa

“Setiap RRV dilengkapi dengan peralatan khas seperti chain saw, kapak, habuk papan dan pakaian anti lebah yang digunakan dalam menyelesaikan aduan yang diterima,” kata kenyataan DBKL.

Terdahulu, majlis perasmian surau bergerak dan RRV dilancarkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah, di perkarangan Menara DBKL1, Jalan Raja, hari ini. – Malaysiapost

Komen