Gempa bumi sederhana di Kepulauan Talaud, Indonesia

Gempa bumi sederhana di Kepulauan Talaud, Indonesia

KEJADIAN gempa bumi sederhana berukuran 5.4 magnitud telah berlaku di Kepulauan Talaud, Indonesia pada jam 7.16 malam tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di laman Facebook, kejadian gempa bumi tersebut berlaku  pada koordinat 4.3 darjah Utara dan 126.2 darjah Timur.

“Manakala jarak kejadian adalah 53 kilometer Barat Laut dari Pulau Talaud, Indonesia
dengan kedalaman 133 kilometer,” katanya.

Tambah Jabatan MetMalaysia ,  tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – Malaysiapost

Komen