Masscom bakal digabung dengan Fakulti Komputer Sains

Masscom bakal digabung dengan Fakulti Komputer Sains

FAKULTI Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) akan digabung dengan Fakulti Komputer Sains mulai Oktober ini.

Perkara itu dimaklumkan seorang bekas pensyarah Hariyati Ariffin menerusi Facebooknya.

Katanya, sambutan ulang tahun ke-50 tahun FKPM atau lebih dikenali Masscom semalam adalah sambutan terakhir sebagai sebuah Fakulti, kerana mulai Oktober ini Masscom akan digabungkan dibawah Fakulti Komputer Sains.

“Ia akan dikenali sebagai  Kolej Pengajian Pengkomputeran dan Komunikasi serta Fakulti baru itu akan diketuai oleh Dekan Komputer Sains.

“Banyak sudah jasa Fakulti Masscom atau Fakulti Komunikasii dan Pengajian Media yang dulunya dikenali sebagai Kajian Sebaran am, melahirkan wartawan terhebat, teknokrat dan pelbagai lagi.

“Namun seiring dengan kepesatan teknoloji kita akur bahawa banyak perkara mesti berubah demi kelangsungan hidup manusia. Kita mesti menerimanya walau rasa pahit dan sedih,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tambah Hariyati, walaubagaimanapun,  Masscom akan sentiasa dihati dan tetap dikenang oleh semua alumninya sebagai fakulti terbaik yang banyak melahirkan orang-orang media dan golongan serba boleh di negara ini.

“Goodbye Masscom… kau sentiasa dihati ku, dulu kini dan selamanya,” tulisnya lagi.

Sehubungan itu, di ruangan komen Facebook Hariyati, rata-rata ramai meluahkan kekecewaan dan memohon pihak UiTM mempertimbangkan keputusan itu.

” Bukan idea yang baik. Sebagai seorang alumni, saya tidak sokong keputusan itu,” kata Liyanah.

Shuhaida Mohd Said pula berkata:” Sedih sangat. Identiti sebagai budak Masscomm Uitm itu unik. Kalau jumpa di mana-mana, brotherhood dan sisterhood sangat kuat.”

Berikutan itu, satu petisyen kepada UiTM yang memerlukan 1,000 sokongan telah dimulakan di platform media sosial change.org sebagai usaha membantah penggabungan berkenaan.

Tinjaun Malaysiapost mendapati petisyen ‘Bantah Gabung Fakulti Masscomm Dengan Sains Komputer dan hilangnya legasi masscomm kini sudah meraih sokong sebanyak 758 pada jam 10 malam ini. – Malaysiapost

Komen