Ular sawa melingkar depan Kompleks Pertama

Ular sawa melingkar depan Kompleks Pertama

SEEKOR ular sawa ditemui di celah himpunan pokok di pagar keselamatan berhampiran Kompleks Pertama di ibu negara hari ini.

Kehadiran reptilia itu di kawasan tumpuan warga kota terbabit dilaporkan orang awam kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“DBKL pagi ini menerima aduan awam terdapat seekor ular di celah himpunan pokok di pagar keselamatan berhampiran Kompleks Pertama.

“Skuad Penyelamat DBKL telah bergegas ke lokasi bagi menangkap ular tersebut demi keselamatan awam.

“Ular telah berjaya ditangkap dan DBKL mengucapkan terima kasih kepada pihak awam yang melaporkan kerana kawasan tersebut merupakan kawasan tumpuan awam,” kongsi DBKL menerusi hantaran di Facebooknya. – Malaysiapost

Komen