Anwar minta pengundi Alor Setar tolak politik sempit, fitnah parti lawan

Anwar minta pengundi Alor Setar tolak politik sempit, fitnah parti lawan

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta penduduk Kedah, khususnya di Alor Setar supaya menolak politik sempit dan fitnah oleh parti lawan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengingatkan demikian ketika berucap pada sesi Rapat Rakyat di Parlimen Alor Setar malam tadi.

“Saya gesa warga Alor Setar untuk menolak politik sempit dan fitnah yang cuba dimajukan pihak lawan.

“Saya menyeru warga Alor Setar untuk terus cakna dan celik tentang isu-isu semasa serta terus memberikan dukungan kepada calon KEADILAN dan PH di dalam Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Beliau sebelum itu hadir Kenduri Rakyat dan Ceramah Umum Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah di Yan.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Anwar berkata beliau menghargai kehadiran warga Yan untuk bersama PKR dan PH dalam menuntut perubahan di peringkat negeri dan negara.

“Besar harapan saya pada PRU15 kelak rakyat dapat memberikan mandat kepada parti ini untuk berbakti kepada mereka,” katanya. – Malaysiapost

Komen