Covid-19: 1,608 kes baharu, 2 kematian semalam

Covid-19: 1,608 kes baharu, 2 kematian semalam

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan dua kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,350 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, tiada kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, sebanyak 1,608 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,793,636 kes.

Selain itu, seramai 23,336 individu atau 95.1 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiga ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,142 kes pula dirawat di hospital dan 51 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 29 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

Komen